
Solat Hajat, doa Malaysia iringi jihad rakyat Palestin
Banyak solat hajatĀ dan doa selamat dilaksanakan selepas Solat MaghribĀ secara serentakĀ di beberapa negeri mengikutĀ prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),Ā sebagai tanda sokongan moral, prihatin dan kebersamaanĀ Malaysia dengan saudara seagama di bumi Palestin.

Di KUALA LUMPUR,Ā Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan RajaĀ Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat hajat berjemaah bersamaĀ 40 anggotaĀ jemaah yang terdiri daripada pegawai dan petugas Istana Negara di Surau Utama Istana Negara, di sini.
Solat sunat hajat turut dilaksanakanĀ di masjid-masjid utama termasuk Masjid Negara dan Masjid Wilayah di ibu negaraĀ serta diĀ Masjid Putra, Putrajaya di sini, malam ini.
Solat hajat dua rakaat yangĀ diakhiri dengan bacaan Qunut Nazilah sertaĀ doa selamat itu, amat menyentuh hatiĀ ahliĀ jemaah yang hadir, malah adaĀ antara jemaah di beberapa masjid di sini dilihatĀ sebak dan menitiskan air mata ketika mengaminkan doa.

Di PERAK, tinjauan Bernama di Masjid Al-Ansar, Bandar Meru Raya, Ipoh, mendapati kira-kiraĀ Ā 40 anggota jemaah menunaikan solat hajat dan doa selamat untuk memohon kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang kekerasan dan penindasan Zionis itu.
Jemaah di situ dibenarkan masuk ke perkarangan masjid seawal pukul 7.00 malam dan pintu pagar ditutup sejurus azan dilaungkan bagi mengehadkan jumlah kapasiti di dalam masjid.
Di SARAWAK, sebahagian besar masjid dan surau di negeri itu termasuk Masjid Bandaraya Kuching melaksanakan solat hajat selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, agar solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin dilakukan di seluruh negara.
Tinjauan di Masjid Bandaraya Kuching, mendapati bukan sahaja solat sunat hajat diadakan malah ahli jemaah yang hadir turut mendengar tazkirah ringkas berkenaan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.
Di JOHOR BAHRU, kira-kira 200 anggotaĀ Ā jemaah menunaikan solat sunat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sertaĀ bacaan surah Yasin di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, di sini, untukĀ mendoakan kesejahteraan masyarakat Islam di Palestin.
Di PULAU PINANG pula, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengeluarkan pekeliling kepada 800 masjid dan surau di negeri itu melaksanakan ibadah sama.
Di PAHANG,Ā Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah antara 50 anggotaĀ Ā jemaah yang menunaikan solat hajat dan doa selamat memohon Allah melindungi serta meringankan penderitaan rakyat Palestin di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.
Selain itu, Kerajaan negeri Pahang turut menyumbangkan RM250,000 kepada rakyat Palestin yang sedang berdepan serangan rejim Zionis Israel sehingga mengorbankan dan mencederakan ratusan individu tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sejak minggu lepas, berlaku siri keganasan Israel terhadap Palestin selepasĀ pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Asqa dan menyerang penduduk Palestin,
Dilaporkan pencerobohan dan seranganĀ rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa pada 7 Mei diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza,Ā dan sehingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat PalestinĀ terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, konflik ituĀ bakal mencetuskan peperangan secara besar-besaran.


