
Cheng Hoe masih ‘pening’ pilih kesebelasan terbaik
Cheng Hoe menjelaskan selain pemain sudah lama tidak mempunyai aksi kompetitif antarabangsa, faktor lain seperti tahap kecergasan dan momentum persembahan dimiliki setiap anak buahnya turut diberi perhatian dalam menentukan barisan terbaik.
Skuad negara akanΒ mengadakanΒ aksi pemanas badan menentang Kuwait malam ini dan Bahrain pada 28 Mei ini.

βKita masih mencari kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang,Β namun sudah semestinyaΒ dengan beberapa kombinasi malam ini saya rasa sedikit sebanyak dapat gambaran mengenaiΒ kesebelasan utama menentangΒ UAE nanti,β katanya dalam sidang media secara dalamΒ talian hari ini.
Selepas beberapa siri latihan dijalankan, Cheng Hoe dilihat gembira dengan komitmen diberikan para pemain dan seterusnya percaya ia sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk turun beraksi pada perlawanan akan datang.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kesemua 25 pemainΒ dalam skuad akan diberi peluang untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kuwait dan Bahrain bagi mendapatkan rentak permainan dan membantunya merencana kombinasi terbaikΒ bagi menghadapi cabaran sebenar dalam saingan kelayakan.
Bekas jurulatih Kedah itu juga yakin muka baharu yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan sepertiΒ Liridon Krasniqi (Newcastle Jets),Β LuqmanΒ Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), serta dua pemain Johor Darul Taβzim (JDT) iaituΒ Guilherme De Paula danΒ Arif Aiman Mohd Hanapi mampu mencapai keserasian bersama muka lama dan berharap reaksi positif dapat dicapai pada dua aksi pemanas badan itu sebelum kempen kelayakan menentang UAE pada 3 Jun.
Mengulas mengenai pertembungan dengan Kuwait,Β beliau menuntut pemain untuk menggunakan kelebihan dari segi kepantasan selain teknik dan kemahiran yang ada dalam usaha memerangkapΒ pasukan dari Asia Barat itu.
βKita tahu pasukan dari Asia Barat mempunyai kekuatan dari segi fizikal danΒ diharap pemain dapat memberi cabaran kepada skuad lawan selain mengingatkan mereka agar tidak terlalu ghairah ketikaΒ beraksi dalam dua perlawanan persahabatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan,β tambahnya.
Selepas menentang UAE,Β Malaysia akan menghadapi baki perlawanan kelayakan Kumpulan G dengan berdepanΒ Vietnam padaΒ 11 JunΒ dan Thailand pada 15 Jun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


