
COVID: 8,290 kes baharu direkodkan hari ini
KUALA LUMPUR 28 Mei – Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini mencatat rekod baru melebihi angka 8,000 kes apabila merekodkan 8,290 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya hari ini memaklumkan ia meningkat sebanyak 433 kes berbanding 7,857 semalam, menjadikan kumulatif kes dikesan di negara ini sebanyak 549,514 kes.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitternya, beliau memaklumkan Selangor kekal sebagai negeri dengan kes harian tertinggi iaitu 2,052 kes diikuti Kelantan (851), Kuala Lumpur (830), Johor (762), Sarawak (698), Kedah (544), Negeri Sembilan (520), Pulau Pinang (421) dan
Perak (405).
Selain itu Melaka mencatatkan 380 kes, Sabah (302), Pahang (254), Terengganu (207), Putrajaya (44), Perlis (8) dan enam kes di Labuan.
Pada 14 Mei lalu, Dr Noor Hisham menerusi lampiran graf pemodelan dan ramalan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan lebih 8,000 kes sehari menjelang bulan depan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
MPHTJ ‘HIDUPKAN’ ASET, BAWA NILAI EKONOMI UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 17 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu mengoptimumkan aset miliknya yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...
WRUR AYER LIMAU BAWA 100 PROGRAM, SEMUA LAPISAN RAKYAT DISANTUNI
AYER LIMAU 17 Ogos - Hampir 100 program disusun bagi memeriahkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...

