
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya jam 3.45 petang tadi
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerja-kerja baik pulih dan pembersihan landasan yang terlibat telah selesai.
Beliau berkata pemasangan elemen kritikal dalam pengoperasian tren iaitu ‘linear heat detection cable’ sepanjang 28 meter di lokasi kejadian juga selesai pada pukul 2.00 petang tadi.
“Sejurus itu, oleh kerana semua kerja yang diminta APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) telah dipenuhi, maka Ketua Pengarah APAD keluarkan surat kelulusan untuk (LRT) beroperasi.
“Tren akan kembali beroperasi berdasarkan jadual kekerapan dan kapasiti yang ditetapkan dalam SOP (prosedur operasi standard) PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya pada sidang media, di Stesen LRT KLCC di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
HAJI HASSIM ‘BAPA PERPADUAN’ MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 14 Mei - Peranannya menyatukan masyarakat berbilang kaum menjadikan Hassim Dollah antara figura penting dalam memperkukuh keharmonian khususnya...
MURAL HARMONI IDENTITI BAHARU TAMAN SERI DUYONG
DUYONG 14 Mei - Mural bertemakan keharmonian masyarakat akan menambahkan lagi keceriaan dan menjadi simbol identiti baharu komuniti setempat di...
JURURAWAT NADI SISTEM KESIHATAN NEGARA
LENDU 14 Mei - Jururawat atau 'kakak misi' menjadi tulang belakang dan nadi yang menggerakkan sistem kesihatan negara termasuk di...

