
‘Seronok’ separuh jalan
GADEK, 6 Julai – Seramai 37 individu termasuk enam wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam parti liar dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kediaman di Pulau Sebang, di sini, tengah malam semalam.
Kesemua mereka ditahan kira- kira jam 12.50 tengah malam dalam Ops Tapis yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, daripada 37 yang ditahan tiga adalah wanita warga Indonesia dan kesemua mereka berusia antara 20 hingga 43 tahun.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menjumpai 16 pil ecstacy dan satu botol plastik kecil yang disyaki berisi dadah ketamin.
“Ujian saringan air kencing dilakukan mendapati kesemua mereka positif dadah dipercayai jenis methamphetamine,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mereka dibawa balik ke balai polis untuk tindakan lanjut.
“Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
“Manakala kesemua mereka turut dikenakan tindakan kompaun kerana melanggar syarat PKPP,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
BENGKEL ‘THRIVE LITTLE ONE’ YAKULT BANTU IBU BAPA TAMBAH ILMU
JOHOR BAHRU 27 Julai - Seramai 110 ibu bapa menyertai Bengkel 'Thrive Little One with Yakult' anjuran Yakult (Malaysia) Sdn....
ZOO MELAKA PERKASA MISI SELAMATKAN HIDUPAN LIAR
AYER KEROH 27 Julai β Zoo Melaka terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pendidikan konservasi menerusi pelbagai inisiatif kesedaran bagi melindungi...
HARI LANDSKAP NEGARA ANTARA LEBIH 120 PROGRAM WARNAI WRUR DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Lebih 120 acara bakal mewarnai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DUN SERKAM JUARA KESELURUHAN SUKAN MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 27 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam muncul juara keseluruhan Sukan Melaka 2026, sekali gus menjulang Piala...
SUKAN MELAKA LAHIRKAN BAKAT BAHARU, MEDAN PEMANAS BADAN ATLET SUKMA
PAYA RUMPUT 27 Julai - Seramai 492 atlet akan membawa nama Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor...
RM10 JUTA PERKASA INFRASTRUKTUR SUKAN MELAKA
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri terus memperkasa pembangunan sukan dengan menaik taraf kemudahan sedia ada serta membangunkan infrastruktur...


