
Pelajar lelaki maut dalam kemalangan
JASIN, 7 Julai – Pelajar lelaki tingkatan empat maut selepas kereta dinaiki bersama kakaknya terbabit kemalangan dalam kejadian di Kilometer 5 Jalan Jasin- Merlimau di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira- kira jam 8.30 malam itu, Afiq Firdaus Ahmad Tajudeen, 16, yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jempol Negeri Sembilan, maut di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian mangsa bersama kakaknya yang berusia 20 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Jasin menghala ke Muar, Johor.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva dinaiki mangsa dipercayai gagal dikawal dan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.
“Lalu kenderaan terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan Perodua Alza dipandu anggota bomba berusia 45 tahun,” katanya.
Hasan Basri berkata, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.
“Manakala kedua-dua pemandu mengalami kecederaan ringan termasuk cedera di bahagian dada.
“Kedua-dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
