
‘Phua Chu Kang’ ikrar jadi pemandu dan penunggang lebih berhemah
SINGAPURA 9 Jun – Pelakon Singapura Gurmit Singh yang terkenal menerusi sitkom “Phua Chu Kang” didenda S$800 (RM2,488.10) dan dilarang memandu selama tiga bulan setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju.
Gurmit yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia berjanji “melakukan yang lebih baik untuk menjadi pemandu dan penunggang yang lebih berhemah”.
“Hai semua. Anda mungkin telah atau tidak pernah mendengar berita itu tetapi saya hanya ingin mengatakan bahawa saya memohon maaf, dan saya harap dapat melakukan yang lebih baik. Jaga diri, β katanya di akaun Instagramnya.
Menurut The Straits Times, pada April, Gurmit, 56, ditahan ketika memandu pada kelajuan 131 kmj di sepanjang Woodlands Avenue 12 menuju Seletar Expressway yang had lajunya adalah 70 kmj.
Gurmit boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda hingga S$1,000 (RM3,110.13)kerana memandu laju sementara mereka yang disabitkan dengan kesalahan sama lebih sekali boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda hingga S$2,000.
Laporan itu menyebut selebriti itu, yang nama penuhnya adalah Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, sebelumnya tidak pernah mempunyai rekod kesalahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
21 BERANAK CIPTA MEMORI HARI KEBANGSAAN DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 September - Peluang menikmati kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dimanfaatkan sebaiknya oleh 21 beranak yang memilih...
TAWARAN KEMASUKAN PERCUMA, TUNAIKAN IMPIAN ANAK NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 1 September - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 tahun ini memberi makna berbeza buat keluarga Mohammad Noor Hanafi Sham,...
SEMPAT TENGOK BUNGA API SEBELUM LAHIRKAN ‘HERO’ MERDEKA
BANDARAYA MELAKA 1 September - Seorang ibu Nur Farahin Miszan, 32, sempat menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Ke-69...
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos β Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...

