
UPUOnline dibuka semula esok untuk lepasan SPM
PUTRAJAYA 14 Jun – Portal rasmi UPUOnline dibuka semula untuk permohonan masuk ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2021/2022.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bermula esok hingga 21 Jun ini.
“Keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini,” menurut KPT dalam satu kenyataan hari ini.
Pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.
Bagi pelajar yang belum pernah memohon, perlu mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian manakala bagi pelajar yang telah memohon perlu mengemas kini pilihan program pengajian bermula 12 tengah hari, 15 Jun hingga 5 petang, 21 Jun.
“Keputusan ini diharapkan dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian,” menurut KPT.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
BUKAN SEKADAR RIDE, KONVOI PEMUDA ALOR GAJAH ERATKAN SILATURAHIM
AYER KEROH 27 Jun – Bukan sekadar mengumpulkan ribuan penunggang motosikal, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti menerusi minat yang sama....
‘RED LECHWE’ ZOO MELAKA JALANI PROSEDUR SEDASI, RAWAT BENGKAK TESTIS
AYER KEROH 27 Jun - Di sebalik haiwan spesies antelop diberi nama ‘Red Lechwe’ ini, berdiri sepasukan Veterinar Zoo Melaka...
MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR
KESIDANG 27 Jun – Masalah banjir kilat yang pernah menjadi mimpi ngeri penduduk Malim Jaya berjaya dikurangkan secara signifikan menerusi...
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
