
Parlimen kemuka cadangan adakan sidang khas sebelum 1 Ogos
KUALA LUMPUR 30 Jun – Persidangan khas Parlimen dicadang diadakan sebelum 1 Ogos ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan majlis menghadap semalam.
Menurut kenyataan itu, pada majlis menghadap berkenaan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.
Majlis itu turut dihadiri timbalan-timbalan Yang Dipertua kedua-dua dewan.
“Kedua-dua Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku,” menurut kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
SEMBILAN BAYI MERDEKA LAHIR DI HOSPITAL MELAKA
BANDARAYA MELAKA 31 Ogos - Tangisan bayi Merdeka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 apabila sembilan bayi dilahirkan di Hospital Melaka...
PENGUNJUNG REBUT PELUANG NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA SEMPENA 31 OGOS
BANDA HILIR 31 Ogos - Seawal jam 8.30 perkarangan Menara Taming Sari dibanjiri orang yang ramai tidak melepaskan peluang merebut...
