
MAQIS tahan kontena bawa daging kerbau beku dari India tanpa permit
SHAH ALAM 2 Julai – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging kerbau sejuk beku dari India seberat 28,008 kilogram kerana gagal mengemukakan permit import yang sah, di Pelabuhan Klang Barat, Selasa lalu.
Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, kontena yang membawa daging sejuk beku dianggar bernilai RM290,786.06 itu ditahan pihaknya susulan pemeriksaan pada 12.15 tengah hari.
“Kontena tersebut ditahan untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan Permit Import Maqis yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zamri berkata perbuatan mengimport daging sejuk beku tanpa permit import itu akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta yang sama.
“Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BANDA HILIR: MBMB NAIK TARAF 4 LIF PANGSAPURI UZUR
BANDA HILIR 4 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan terus meneliti keperluan menaik taraf fasiliti pangsapuri lama di...
REMAN SUSPEK KES PEMBUNUHAN MAYAT REPUT DALAM TILAM DISAMBUNG TUJUH HARI LAGI
MELAKA 4 Jun - Suspek kes pembunuhan melibatkan penemuan mayat reput di dalam balutan tilam dengan tangan terikat di sebuah...
ABDUL HALIM DILANTIK SEMULA MUFTI MELAKA
SERI NEGERI 4 Jun - Datuk Wira Abdul Halim Tawil dilantik semula sebagai Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Ia selepas beliau...
PENDUDUK LEGA, KEMELUT GANGGUAN BEKALAN AIR SELESAI
PENGKALAN BATU 4 Jun - Kira-kira 100 penghuni Blok B, Rumah Pangsa Batu Berendam, di sini, dapat menarik nafas lega...
MEDIPULIH LANCAR KAD RAHMAH, PERLUAS AKSES KESIHATAN MAMPU MILIK
AYER KEROH 4 Jun - MediPulih Melaka memperluas akses kesihatan mampu milik menerusi pelancaran Kad Rahmah pada Grand Opening MediPulih...
TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 4 Jun - Tempoh percubaan bagi inisiatif 'Go Straight' dilaksanakan diPersimpangan Hicom-Pegoh dan Jalan Tun Abdul Razak -...
