
Lebih 300,000 dos sehari, kerajaan optimis usaha vaksinasi di landasan tepat
KUALA LUMPUR 6 Julai – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan optimis segala usaha dirancang dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berada di landasan tepat setelah kadar pemberian vaksin negara melepasi sasaran 300,000 dos sehari, semalam.
Beliau berkata, pemberian 313,761 dos semalam serta lebih 2.73 juta orang telah lengkap menerima dua dos vaksin, adalah selaras dengan fokus ketiga Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkannya 15 Jun lalu.
Muhyiddin berkata, fokus ketiga PEMULIH untuk mempercepatkan vaksinasi ke atas sebanyak mungkin populasi di negara ini adalah bagi memastikan Malaysia berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya kembali menjalani kehidupan seperti sebelum pandemik COVID-19.
“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada YB Khairy Jamaluddin, YB Datuk Seri Dr Adham Baba, semua petugas barisan hadapan, para sukarelawan serta seluruh rakyat Malaysia yang telah bersama dalam menjayakan program vaksinasi terbesar negara ini,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...

