Pembinaan The Sail Fasa 1 siap 80 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 6 Julai- Projek mega The Sail Melaka Fasa pertama kini mencapai 80 peratus kadar pembinaan dan akan disempurnakan menjelang penghujung tahun ini.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley berkata, pembangunan fasa kedua hab fesyen itu pula sedang dibangunkan dan kini mencapai 30 peratus kadar pembinaan.

Katanya, tumpuan sepenuhnya diberi kepada projek The Sail dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM6.5 bilion dan terdiri daripada enam fasa.

DATUK Leong Sir Ley.

“Sebelum hujung tahun ini, The Sail Fasa 1 akan siap berikutan sehingga kini 80 peratus pembangunan telah dicapai dan akan dilancarkan menerusi platform digital mengikut keadaan semasa.

“Manakala bagi The Sail Fasa 2 telah mencapai sehingga 30 peratus kadar pembinaan dan dijangka akan siap sebelum hujung tahun depan.

“Ini hanya soal masa dan pada era ini dengan keadaan pandemik ini mengajar kita untuk menjadi lebih kreatif, dan saya berpendapat pemulihan sektor hartanah akan berlaku seperti biasa tidak lama lagi memandangkan program vaksinasi yang dijalankan pihak kerajaan berjalan dengan pantas,” katanya dalam sesi temu bual atas talian, baru-baru ini.

Untuk rekod, projek mega The Sail merangkumi sembilan menara, setiap satu terdiri daripada 61 tingkat mengandungi 3,259 unit kondotel mewah; tiga menara hotel lima dan enam bintang setinggi 61 tingkat berjumlah 2,584 unit; sebanyak 1,215 unit suite bisnes selain dataran kebudayaan berkeluasan 36,2938 kaki persegi yang menempatkan 65 unit kedai mengadap Selat Melaka.

THE SAIL 2: Lakaran The Sail serta fungsi bangunan.

Pada 11 Mei lalu, Sheng Tai menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan KenTeam International Sdn Bhd (KTI), bagi menjadikan The Sail Melaka sebagai hab bebas cukai dan pusat kewangan antarabangsa selain memohon status bebas cukai pada Fasa kedua The Sail itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

784
Kongsi :
Previous post Evolusi perniagaan menerusi platform media sosial
Next post Lebih 300,000 dos sehari, kerajaan optimis usaha vaksinasi di landasan tepat
Ubah saiz-+=