Evolusi perniagaan menerusi platform media sosial

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 6 Julai – Sheng Tai International Sdn Bhd mengambil langkah strategik menerusi evolusi segmen perniagaan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap prospek syarikat pasca COVID-19.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley berkata, beliau melihat platform media sosial seperti Facebook dan Instagram antara medium penting masa kini untuk syarikat pembangunan hartanah itu kekal bertahan sekali gus stabil semasa tempoh PKP.

Katanya, memandangkan sempadan negara masih ditutup kaedah berhubung menggunakan media sosial penting untuk berkomunikasi dengan pelabur dari negara luar.

“Sosial media ini penting dalam era milenium yang semuanya semakin canggih, meskipun tidak dapat keluar negara, namun platform itu boleh digunakan untuk mengetahui perkembangan projek misalnya, malah di China, mereka menggunakan platform media sosial yang berbeza untuk berkomunikasi.

“Seperti di Malaysia, dengan PKP dilaksanakan, apa yang dilakukan adalah dengan memanfaatkan dapur hotel di bawah Sheng Tai ini dengan menghasilkan resepi baharu dan bawa ke pasaran menggunakan platform media sosial kami.

“Selain itu, menerusi platform terbabit juga, pelanggan boleh sentiasa membuat tempahan, sekali gus segmen ini sentiasa bergerak,” katanya dalam sesi temu bual secara maya, baru-baru ini.

Sementara itu, katanya produk yang disediakan syarikat itu akan dievolusi menjadi kedai VVIP Sheng Tai International (STI) untuk mempromosikan produk seperti hartanah, kesihatan, pertanian dan fesyen.

Jelas Leong Sir Ley, STI menampilkan dua saluran platform yang mempunyai pendekatan berbeza iaitu di Facebook dan Instagram @MariMalaiHome dan @shengtaiinternational untuk terus mempromosikan produk semasa tempoh sekatan pergerakan dilaksanakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

625
Kongsi :
Previous post COVID: 7,654 kes baharu, Selangor catat kes tertinggi
Next post Pembinaan The Sail Fasa 1 siap 80 peratus
Ubah saiz-+=