
Polis siasat kes masjid diconteng cat merah
IPOH 14 Julai – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh di sini yang diconteng dengan menggunakan semburan cat merah awal pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada seorang Ahli Jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada jam 9.07 pagi, semalam.
“Kejadian disedari pada 5.15 pagi semasa pengadu dan isteri tiba di masjid dan mendapati terdapat tulisan cat merah ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada tembok pintu masuk utama masjid berkenaan.
“Tiada individu lain di kawasan sekitar selain pengadu dan isteri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Yahaya berkata pengadu yang juga muazin di masjid berkenaan memaklumkan beliau akan memasang alunan bacaan ayat al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum melaungkan azan solat subuh, setiap hari.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FASA PERALIHAN MONSUN BERMULA AHAD – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut...
40,000 DIJANGKA MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 25 Mac - Dianggarkan 40,000 pengunjung bakal memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada Sabtu ini (28...
MELAKA KAJI CADANGAN KURANGKAN KADAR SEWA TAPAK PENJAJA
PAYA RUMPUT 25 Mac - Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan berkaitan pengurangan sewaan perniagaan di negeri ini seperti yang dilaksanakan...
AIDILFITRI: ZON BEBAS KENDERAAN BERMULA 26 HINGGA 30 MAC
BANDA HILIR 25 Mac - Sempena Aidilfitri ini, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir akan bermula lebih awal iaitu pada...
‘GENG HARRAZ’ AKTIF CURI KENDERAAN, PECAH RUMAH DI MELAKA TUMPAS
AYER KEROH 25 Mac - Polis Melaka berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai 'Geng Harraz' yang aktif melakukan kecurian kenderaan, pecah...
POLIS MELAKA DAPAT NAIK MELAKA RIVER CRUISE PERCUMA
BANDARAYA MELAKA 25 Mac - Seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka berpeluang menikmati keindahan Sungai Melaka menerusi produk...

