
263 rakyat Malaysia di Arab Saudi tunai haji tahun ini
KUALA LUMPUR 15 Julai – Seramai 263 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Tahun lalu hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji.
Beliau berkata, Tabung Haji (TH) akan memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah itu.

“Malam esok (ini), insya-Allah saya akan adakan temu bual dengan bakal haji rakyat Malaysia yang sedang berada di kota suci Makkah Al-Mukarramah,” katanya dalam program Salam Baitullah di saluran TV1 RTM malam tadi.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini memutuskan ibadat haji musim ini hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang berada di negara itu sahaja berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
