
Pertubuhan Sahabat Masjid bantu 100 keluarga terjejas
AYER KEROH 16 Julai -Pertubuhan Sahabat Masjid Negeri Melaka akan menyalurkan sumbangan kepada 100 keluarga memerlukan menerusi program Bakul Kasih Adil Adha 2021.
Wakil pertubuhan Mohd Fauzee Mohamed berkata sumbangan akan diberi Isnin depan selepas melihat ramai keluarga yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Jumlah peruntukan membabitkan nilai RM3,000 ini adalah hasil sumbangan anggota masyarakat yang prihatin dan sebagai sukarelawan kami akan bawa amanah ini untuk disalurkan kepada masyarakat.
“Setiap penerima diberi barangan keperluan seperti ayam segar, sayur-sayuran dan barangan keperluan asas lain untuk menyambut hari Raya Aidiladha nanti,” katanya kepada MHI.

Program itu turut mendapat kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
Katanya, sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 pihaknya telah pun mengagihkan kotak bantuan barangan keperluan kepada penduduk di negeri ini.
“Kita juga telah agihkan kotak bantuan barang keperluan termasuk pampers dan susu kepada kira-kira 20 keluarga memerlukan di sekitar Melaka,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Pertubuhan Sahabat Masjid Negeri Melaka, Maybank nombor akaun 554110527696 atau hubungi Fauzee di talian 011-55548841.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA, 18 September - Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Redan gamat dengan sorakan murid apabila Ketua Menteri Melaka,...
ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber...
LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 18 September - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko...
WRUR TANJUNG BIDARA: HEBAT TERIMA LEBIH 124 ADUAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Sebanyak 124 aduan rakyat diterima sepanjang Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) sempena Program Wakil...
MELAKA TERUSKAN PENDEKATAN ‘NON-PROTOCOL GOVERNMENT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pendekatan ‘non-protocol government’ dalam melaksanakan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...

