
Dua lagi kluster di Daerah Alor Gajah dilaporkan
AYER KEROH 22 Julai – Dua kluster baharu di daerah Alor Gajah direkodkan, hari ini.
Jabatan Kesihatan negeri (JKN) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan kluster pertama dikenali sebagai Kluster Industri Tunas Baru membabitkan tempat kerja.
Katanya, setakat ini seramai 44 individu disahkan positif COVID-19 daripada kluster itu hasil ujian saringan dilaksanakan.
Menurut JKN, kluster kedua dikenali Kluster Angkasa Nuri dengan kes 27 individu positif setakat ini.
Sementara itu, 353 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini dengan pecahan 214 mendapat jangkitan daripada kontak keluarga, 41 kes dari saringan bergejala orang ramai, 33 membabitkan kluster kilang dan 18 daripadanya merupakan jangkitan dari tempat kerja bukan kilang.
“Terdapat tujuh kematian dicatatkan di Melaka hari ini membabitkan lima kematian di hospital dan dua di rumah.
“Manakala 475 individu disahkan sembuh dan seramai 3,971 pesakit COVID-29 sedang dirawat dengan antaranya 98 individu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 18 lagi menerima bantuan alat pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERGADUHAN DI BEMBAN: DUA LELAKI PARAH, DUA LAGI DITAHAN
BEMBAN 23 Jun – Dua lelaki parah selepas dipercayai dipukul dalam satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki di tepi...
SISTEM E-TANAH 2.0: ERA BAHARU URUSAN TANAH MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Pentadbiran tanah Negeri Melaka bakal memasuki era baharu apabila Sistem e-Tanah 2.0 dijadual dilaksanakan sepenuhnya...
SUKAN SAWAH KEMBALIKAN NOSTALGIA DI KAMPUNG BUKIT PIATU
BUKIT KATIL 23 Jun - Gelak tawa peserta yang bergelumang lumpur, sorakan penyokong di tepi bendang dan semangat kesukanan tanpa...
WRUR: 161 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM6.5 JUTA SEJAHTERAKAN WARGA RIM
RIM 23 Jun - Sebanyak 161 projek pembangunan termasuk naik taraf bernilai lebih RM6.5 juta telah dilaksanakan di kawasan Dewan...
WRUR RIM: MPJ TEBANG POKOK BERISIKO DEMI KESELAMATAN
RIM 23 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan operasi kerja-kerja cantas dan tebang pokok serta semak samun yang dipercayai...
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...

