
Golf DTS salur 200 pek makanan
AYER KEROH 27 Julai – Kumpulan Golf Dendam Tak Sudah (DTS) Ayer Keroh Country Club (AKCC) menyalurkan 200 pek makanan kepada golongan memerlukan di negeri ini.
Ahlinya, Long Mohd Nor Aminuddin Long Ibrahim berkata, fokus utama mereka untuk membantu pekerja am, pekerja Zoo Melaka serta petugas pembersihan SWM Environment Sdn Bhd.
“Setakat ini kita beri sumbangan makanan kepada 200 golongan terkesan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Secara keseluruhan ia melibatkan peruntukan bernilai RM8,000 hasil sumbang ahli-ahli kumpulan Golf DTS sendiri,” katanya kepada MHI.

Katanya, inisiatif itu akan diteruskan sekiranya terus mendapat sumbangan daripada orang ramai.
“Ada juga kita bagi wang tunai, tapi ia bergantung kepada keadaan keluarga tersebut.
“Penerima sumbangan dipilih hasil maklumat diberikan oleh penduduk kampung,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini Kumpulan Golf DTS mempunyai seramai 40 ahli.
Kumpulan Golf DTS Group AKCC dipengerusikan oleh Datuk Mohd Said Osman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM20 JUTA ATASI ‘SALIRAN BERMASALAH’ DI MELAKA
AYER LIMAU 18 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran di Melaka, termasuk...
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
