Bayi disahkan jantung berlubang, bapa buntu cari wang rawatan

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PENGKALAN BATU 27 Julai – Seorang bapa rungsing memikirkan cara mencari wang bagi merawat bayinya berusia 57 hari yang disahkan menghidap jantung berlubang.

Azhar Seman, 30, berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai peniaga ayam madu di pasar malam.

Namun, sejak isterinya bersalin, dia hilang punca pendapatan kerana tidak dapat berniaga dan hanya bergantung kepada wang simpanan untuk menyara keluarga dalam tempoh itu.

AZHAR menerima bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Dia berkata, keadaan lebih buruk apabila isterinya Sharifah Noraini Yusof, 39, mengalami serangan panik dan dalam keadaan tidak stabil selepas dimaklumkan anak sulung mereka menghidap sakit kronik sejak sebulan lalu.

“Sekarang ini saya terpaksa menjaga bayi dan isteri saya pada masa sama.

“Ketika ini isteri telah dirujuk ke bahagian psikiatri serta mengambil ubat bagi menenangkan keadaannya.

“Saya betul-betul buntu dan sedih tak dapat berikan terbaik untuk isteri dan anak-anak lebih-lebih dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga wang simpanan juga sudah hampir habis,” katanya.

Dia yang menetap di Pasir Puteh, Bachang berkata, ketika ini dia hanya mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan bayi dan isterinya, selain berharap urusannya dipermudahkan.

“Semoga doa orang ramai dapat mempermudahkan urusan kami sekeluarga dalam menempuh dugaan ini,” katanya lagi.

Bagi orang ramai yang ingin membantu memudahkan urusan keluarga ini bolehlah menyumbang menerusi akaun bank Maybank 154062601184 – Azhar Seman.

BAYI 57 hari milik pasangan suami isteri di Bachang disahkan menghidap jantung berlubang.

 

AZHAR turut menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

802
Kongsi :
Previous post Golf DTS salur 200 pek makanan
Next post Maszlee cadang IPTS diberi pelepasan cukai dua tahun demi ‘survival’ ketika COVID-19
Ubah saiz-+=