
PM ucap syabas kepada Dhabitah atas aksi mengagumkan
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan syabas kepada penerjun negara Nur Dhabitah Sabri kerana mempamerkan aksi dan tentangan amat mengagumkan pada saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
Perdana Menteri dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau malam ini berkata, biarpun tanpa pingat, kelibat dan aksi Nur Dhabitah nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.
“Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020, juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan.
“Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang. Senyumlah Nur Dhabitah!” katanya.
Nur Dhabitah menamatkan saingan dalam acara itu di kedudukan keempat di Pusat Akuatik Tokyo.
Penerjun berusia 22 tahun itu menampilkan aksi konsisten bagi setiap terjunan dalam lima pusingan acara tersebut namun pungutan mata yang diperoleh tidak mencukupi untuk menaiki podium.
Penerjun yang berasal dari Kuala Lumpur itu terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat setelah mengumpul 326.15 mata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
