
Kejayaan Chin Ann suntik semangat anak muda Melaka – Sulaiman
AYER KEROH 5 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann yang mendapat pengiktirafan tempat pertama dalam Kelab Abad Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ia selepas anak jati Alor Gajah itu menjadi pemain yang memiliki kap (penampilan) antarabangsa terbanyak dengan 195 penampilan sepanjang 15 tahun menyarung jersi kebangsaan.
Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, Sulaiman turut menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kebanggaan untuk negara dan Negeri Melaka khususnya.
Beliau turut berharap kejayaan bekas pemain berusia 71 tahun itu dapat dijadikan pembakar semangat untuk semua anak muda di negeri dalam menggapai impian masing-masing.
“Saya percaya kejayaan Chin Ann dapat menyuntik semangat anak muda lain untuk sama-sama bangkit berjuang menggapai impian dalam apa sahaja bidang diceburi.
“Nyatalah, usaha yang bersungguh-sungguh ini akhirnya mendapat pengiktirafan antarabangsa,” katanya.
Selain Chin Ann, turut tersenarai dalam Kelab Abad FIFA dalam kemas kini terbaharu ialah Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Zainal Abidin Hassan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
FORMULA YB ALONG NOKTAHKAN PENANTIAN ANAK PENEROKA
ASAHAN 24 Ogos - Penantian kira-kira 15 tahun 106 generasi kedua peserta Felcra Bukit Sedanan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA SELESAI, 82,000 KEDIAMAN DAN PREMIS TERIMA ALAMAT BAHARU
SERI NEGERI 24 Ogos - Inisiatif Kampung Digital yang pertama seumpamanya di Malaysia kini telah selesai sepenuhnya membabitkan sebanyak 618...
INISIATIF MESRA, WRUR BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI PADA RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) adalah satu bukti keprihatinan, cakna dan ambil tahu Kerajaan Negeri...
ZIANA ZAIN BERSEMANGAT TERUS HARUMKAN NAMA MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain yang kini bergelar Datuk menyifatkan penerimaan anugerah Darjah Kebesaran...
