
PICK: Hampir 23 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Sebanyak 22,646,581 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,941,585 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,704,996 orang menerima dos kedua.
“Mengikut peratusan, 45.8 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 23.6 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 494,214 dos diberikan, semalam dengan 230,053 adalah pemberian dos pertama manakala 264,161 lagi adalah dos kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PAKAI SARUNG, RASA SERUMPUN
BANDA HILIR 14 SEPTEMBER - Sarung bukan lagi pakaian orang lama apabila fesyen itu kembali diperagakan segenap lapisan umur menerusi...
NUR JANNAH DINOBAT JOHAN KATEGORI AWAM PIDATO
AYER KEROH 13 September – Bersengkang mata hingga jam 3 pagi semata-mata mahu menyiapkan skrip pidato dianggap berbaloi bagi Nur...
LAMPU SOLAR TERANGI LALUAN KAMPUNG BUKIT KATONG-BUKIT LANGSAT
RIM 13 September – Penduduk Kampung Bukit Katong dan pengguna jalan raya yang melalui laluan utama menuju ke Bukit Langsat...
LITAR RC TANJUNG BIDARA BAKAL JADI TUMPUAN DUNIA
TANJUNG BIDARA 13 September - Litar Kereta Kawalan Jauh (RC) Tanjung Bidara yang telah siap sepenuhnya bakal menjadi lokasi penganjuran...
ASET MEMASUKI TANAH KERAJAAN DIBERI PELUANG MOHON PEMILIKAN SEMENTARA
TANJUNG BIDARA 13 September - Sebanyak 14 aset di kawasan pesisir pantai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara telah...
PEMBANGUNAN DI KAWASAN TAMBAK BAHARU TIDAK DIBENARKAN – KM
TANJUNG BIDARA 13 September - Sebarang pembangunan sama ada bersifat kekal atau sementara di kawasan tambakan baharu di sepanjang kawasan...