‘Kalau tahu pun, saya pilih untuk tutup aib’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 5 Ogos – “Saya tak tahu dan langsung tidak ambil tahu mengenai isu tersebut, pada saya kalau tahu pun saya memilih untuk menutup aib.”

Itu pendirian selebriti terkenal, Zizan Razak ketika diminta mengulas isu seorang pelawak disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Ahad lalu.

Menurut Zizan dia memilih untuk tidak membuka aib individu tersebut, sebaliknya menyerahkan perkara itu diselesaikan pihak berkuasa.

“Saya tak tahu benda tu, saya langsung tak ambil tahu dan terkejut juga lah, pada saya kalau saya tahu pun saya memilih untuk menutup aib.

So (jadi) pada saya kalau kepada sesiapa yang berada di tempat itu pandai-pandailah ‘settelkan’, pandai-pandailah selesaikan masalah itu dan saya harap yang baik baiklah kepada rakan,” katanya ketika ditemui media di Zoo Melaka hari ini.

Jelas Zizan terdapat juga segelintir individu yang cuba menghantar mesej kepadanya secara peribadi untuk bertanyakan hal tersebut.

“Ada juga yang ‘direct message saya personal, tanya siapa tapi saya pun tak tahu… itu saya terkejut, saya pun Google.

“Apa pun kita doakan yang baik-baik sudahlah, mungkin kita tengok kadang-kadang orang lain tapi disangka orang lain.

“Pada saya pihak berkuasa lebih tahu benda ini, lebih baik tanya mereka yang lebih tahu daripada bertanya pada saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

802
Kongsi :
Previous post MAPIM salur 95 kotak makanan buat pekerja Zoo Melaka
Next post PICK: Hampir 23 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam
Ubah saiz-+=