
Shah Headan letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UPM
GEORGETOWN 7 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta, memetik laporan portal Berita Harian sebentar tadi.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang itu membuat keputusan berkenaan selepas UMNO Pusat membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya di Facebook beliau.
Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, diikuti Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Keputusan itu dibuat sebagai mematuhi pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH KONGSI REZEKI BERI RAKYAT RASA ‘DURIAN MAHAL’
ASAHAN 5 Julai - Peluang menikmati durian premium seperti Black Thorn dan Musang King pada harga hanya RM10 seorang sempena...
JALAN LADANG 5KM BERI MANFAAT BESAR BUAT 200 PEKEBUN KECIL
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Usaha Kerajaan Negeri membela kebajikan dan keperluan komuniti peladang serta pekebun kecil di Sungai Rambai...
123 PROGRAM ‘HIDUPKAN’ WRUR SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Sebanyak 123 program dan acara yang disusun sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
4,000 NIKMATI BUFET DURIAN PREMIUM, ‘KENDURIAN’ MELAKA BAKAL JADI ACARA TAHUNAN
ASAHAN 5 Julai - Festival Durian Melaka 'Kendurian' bakal dijadikan acara tahunan selepas sambutan luar biasa diterima apabila hampir 4,000...
RUMAH NGAJI, KOMUNITI NELAYAN TERIMA LIMPAHAN NIKMAT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat edisi sulung yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
WRUR BUKAN NOKTAH KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan penamat kepada usaha Kerajaan Negeri menyantuni rakyat, sebaliknya...
