Sumbangan amat dihargai, KM ucap terima kasih

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 7 Ogos – Usaha semua pihak membantu kerajaan dalam tempoh sukar berhadapan wabak pandemik COVID-19 merupakan pengorbanan besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata ia terbukti apabila kerajaan turut dibantu oleh pelbagai pihak termasuk orang perseorangan dalam mengharungi tempoh pandemik yang mencabar ini.

“Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang perseorangan yang turut bersama pihak kerajaan membantu rakyat dalam tempoh sukar ini.

“Bukan itu saja, tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada seluruh petugas ‘frontliners’ yang tidak pernah putus asa membantu dan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

“Sesungguhnya pengorbanan anda sangat besar ertinya kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka 2021 secara maya di Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Ujarnya pengorbanan petugas barisan hadapan negara perlu dihargai kerana mereka masih belum dapat berehat sejak Disember 2019 apabila pandemik COVID-19 mula melanda negara Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

537
Kongsi :
Previous post Dua dos vaksin: Melaka capai nilai ambang 40 peratus menjelang Hari Kebangsaan – KM
Next post Shah Headan letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UPM
Ubah saiz-+=