
Shah Headan letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UPM
GEORGETOWN 7 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta, memetik laporan portal Berita Harian sebentar tadi.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang itu membuat keputusan berkenaan selepas UMNO Pusat membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya di Facebook beliau.
Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, diikuti Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Keputusan itu dibuat sebagai mematuhi pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
