
Pegawai kanan PBT disyaki rasuah direman tiga hari
JOHOR BAHRU 11 Ogos – Seorang pegawai kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan di sini direman tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Permohonan reman dikemukakan bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pegawai kanan berkenaan yang memakai baju lokap SPRM dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret, di sini pada kira-kira 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Semalam, pegawai kanan berkenaan yang juga bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan kini bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru ditahan pada 3 petang di Pejabat SPRM Johor.
Beliau disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di MBIP.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POSTER TULAR BANTUAN RAMADAN, TUNTUTAN KREDIT E-TUNAI PALSU – MOF
KUALA LUMPUR 22 Februari - Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti...
PENIPUAN CINTA: POLIS REKOD KERUGIAN RM3.5 JUTA DALAM TEMPOH JANUARI TAHUN INI
KUALA LUMPUR 22 Februari - Polis merekodkan 100 kes penipuan cinta atau love scam melibatkan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sebulan...
REMAJA LEMAS DI SUNGAI TENGAH DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
KUCHING 22 Februari - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kolong Sungai Tengah, berdekatan...
TANJUNG MINYAK DAPAT LIMPAHAN NIKMAT
PAYA RUMPUT 22 Februari - Pelbagai limpahan nikmat dirasai warga Tanjung Minyak di bawah kepimpinan Datuk Rais Yasin selaku Ahli...
BERBUKA SAMBIL ‘HEALING’ DI MITC HOTEL
AYER KEROH 22 Februari – MITC Hotel tampil dengan kelainan tersendiri apabila memperkenalkan Bufet Ramadan 2026 berkonsepkan taman dan perkhemahan...
SEWAAN ALAT SIAR RAYA BUKA PELUANG BUAT BELIA
PAYA RUMPUT 22 Februari - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Cheng Perdana melaksanakan pelbagai inisiatif proaktif bagi memberi manfaat...

