
Pegawai kanan PBT disyaki rasuah direman tiga hari
JOHOR BAHRU 11 Ogos – Seorang pegawai kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan di sini direman tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Permohonan reman dikemukakan bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pegawai kanan berkenaan yang memakai baju lokap SPRM dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret, di sini pada kira-kira 9 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Semalam, pegawai kanan berkenaan yang juga bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan kini bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru ditahan pada 3 petang di Pejabat SPRM Johor.
Beliau disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di MBIP.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...

