
Ziarah kubur di luar musim perayaan dibenarkan – MKN
KUANTAN 28 Ogos – Aktiviti ziarah kubur di luar musim perayaan adalah dibenarkan tertakluk pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.
Beliau berkata SOP larangan menziarahi kubur sebelum ini adalah dikaitkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi menjaga aspek penjarakan sosial kerana aktiviti itu merupakan tradisi pada perayaan berkenaan.
“… dalam keadaan luar perayaan, ziarah kubur tidak menjadi satu isu dan dibenarkan. Yang penting ialah setiap mereka yang berziarah mestilah memastikan jarak fizikal satu meter diamalkan dan pemakaian pelitup muka,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Rodzi berkata mereka yang menziarahi kubur juga diingatkan untuk menjaga kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
