
Warga emas rentung kereta terbakar langgar pokok
MIRI 2 Sept – Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira 10.50 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya mayat mangsa Tan Kaw Tee, 61, ditemukan di dalam kereta itu selepas operasi memadam kebakaran berjaya dilakukan.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan itu.
Menurut beliau laporan awal mendapati bahawa kemalangan dipercayai berlaku setelah kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbakar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...

