
Zainuddin Abdul Wahab kini Ketua Pengarah Tourism Malaysia
KUALA LUMPUR 15 Sept – Pengarah Kanan Pengurusan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Zainuddin Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa Isnin lalu (13 Sept).
Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu dipersetujui Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, bagi menggantikan Zulkifly Md Said yang bersara wajib.
“Dengan pelantikan tersebut, beliau akan membantu usaha pemulihan industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sekali gus memacu perubahan ke arah digitalisasi pelancongan bagi merealisasikan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030,” menurut kenyataan itu.
Zainuddin yang sebelum ini menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam.
Beliau juga pernah menggalas jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Produksi dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik di Tourism Malaysia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER MOLEK: ZIARAH KASIH MAIM SANTUNI 10 KELUARGA ASNAF, MUALAF
AYER MOLEK 6 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menunjukkan keprihatinan ke atas golongan asnaf dan mualaf menerusi...
‘MELAKA SUDAH PINDAH?’ INI SEJARAH MELAKA PINDAH
MACHAP JAYA 6 Mei – Nama Melaka Pindah sering menjadi gurauan dan usikan ramai terutamanya di media sosial apabila mengaitkan...
INISIATIF 1 PBT 1 AMBULANS PERKUKUH BANTUAN KECEMASAN DI JASIN
JASIN 6 Mei - Orang Jasin kini lebih mudah mendapatkan perkhidmatan kecemasan ambulans susulan pelaksanaan inisiatif ‘1 PBT, 1 Ambulans’...
WRUR AYER MOLEK: PENDUDUK KAMPUNG BUSUT LICIN DAPAT DUA BERITA GEMBIRA
AYER MOLEK 6 Mei – Jalan tanah merah sepanjang satu kilometer (km) yang menjadi laluan utama penduduk di Kampung Busut...
WRUR AYER MOLEK: MPHTJ MASUK KAMPUNG, BAIKI KEDIAMAN UZUR
AYER MOLEK 6 Mei - Sejak pagi suasana di Kampung Busut Licin sibuk dengan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran penempatan...
PASANGAN KEKASIH DITAHAN SEMBUNYI KELAHIRAN, GUGUR KANDUNGAN
AYER KEROH 6 Mei – Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes menggugurkan kandungan secara paksa serta menyembunyikan janin...
