
Rakyat perlu jiwai Hari Malaysia – KM
AYER KEROH 16 Sept – Sambutan Hari Malaysia perlu dijiwai seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama, rumpun bangsa serta fahaman politik.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-58 yang diraikan pada 16 September 2021.
“Detik penuh bersejarah yang kita raikan pada 16 September setiap tahun itu tidak kurang pentingnya dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
“Hari ini tugas besar kita bukan hanya untuk memperkasakan kembali sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Tetapi memastikan rakyat dapat membiasakan diri dalam suasana norma baharu,” katanya dalam satu hantaran Facebook rasminya, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PESARA TERHARU DIHARGAI SEMPENA 20 FEBRUARI
TELOK MAS 22 Februari - Jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang telah bersara terus dihargai apabila Kerajaan Negeri menganjurkan majlis...
SUNGAI BADAU TIDAK TERSISIH
PAYA RUMPUT 22 Februari - Mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk tidak menjadikan Kampung Sungai Badau, Krubong yang terletak agak jauh...
PENDUDUK KRUBONG BERSYUKUR MASALAH TANAH KUBUR ‘KRITIKAL’ KINI SELESAI
PAYA RUMPUT 21 Februari – Penduduk Krubong bakal menikmati kemudahan tanah perkuburan Islam baharu selepas sebuah tapak diluluskan dan diserahkan...
YB, JPKK BANTU USAHAWAN SPA MUSLIMAH BERSINAR
PAYA RUMPUT 21 Februari – Siapa sangka, bermula dengan menawarkan rawatan kecantikan dan urutan dari rumah, seorang wanita kini berupaya...
KUNJUNGI MEMORIAL HAYATI PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN
BANDA HILIR 21 Februari - Orang ramai digalakkan mengunjungi Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir bagi menghayati sendiri sejarah dan perjuangan...
JEJAK PORTUGIS DI KAMPUNG TAMPOI
PAYA RUMPUT 21 Februari - Di sebalik kepadatan kawasan perindustrian di kawasan Perindustrian Krubong terdapat runtuhan sebuah gereja lama berusia...
