
Akaun twitter rasmi SPRM alami masalah teknikal
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu @SPRMalaysia mengalami masalah teknikal dan bukannya dinyahaktifkan seperti yang didakwa.
SPRM dalam kenyataan hari ini menyatakan akaun Twitter SPRM mengalami masalah sejak semalam dan SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter pada hari yang sama.
“Isu berkenaan kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter SPRM ini adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.
SPRM berterima kasih atas keprihatinan semua pihak namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terutamanya melibatkan imej dan integriti SPRM.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
ISU NAJIB: DR. AKMAL ARAH JENTERA PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA
SUNGAI RAMBAI 7 November - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengarahkan seluruh jentera Pemuda UMNO...
PRN MELAKA: KJ DESAK PEGUAM NEGARA BERCUTI SEMENTARA SIASATAN POLIS
REMBIA 7 November - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendesak Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengambil cuti...
ISU TAHANAN RUMAH NAJIB: ONN HAFIZ GESA NGO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA
SERKAM 7 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri...
HAK NAJIB PERLU DIHORMATI – TAKIYUDDIN
AYER KEROH 6 November – Perikatan Nasional (PN) yakin isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan...
MELAKA NEGERI MAJU, PERLU DISOKONG INFRASTRUKTUR TENAGA TERBAIK
SUNGAI UDANG 6 November - Keperluan bekalan air dan elektrik yang mencukupi menjadi antara aspek utama diberi perhatian Kementerian Peralihan...
ANGKATAN SIBER ATM BEROPERASI MENJELANG 2030
TELOK MAS 4 November - Kementerian Pertahanan menyasarkan penubuhan Angkatan Siber sebagai cabang keempat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat direalisasikan...


