
Melaka beralih fasa 4, Isnin ini
KUALA LUMPUR 15 Okt. – Melaka disahkan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini, 18 Oktober 2021.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain Melaka, turut beralih ke Fasa 4 ialah negeri-negeri Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kesemua negeri yang berada di Fasa 2 PPN beralih ke Fasa 3 pada Isnin.
Negeri-negeri itu ialah Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah.
“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.
“Dengan peralihan fasa-fasa bagi negeri yang dinyatakan, negara Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MENARA TAMING SARI MARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL
BANDA HILIR 26 Ogos - Suasana meriah mewarnai perkarangan Menara Taming Sari apabila lebih 100 peserta terdiri daripada orang awam...
TAPEM SEDIA BANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN
DURIAN TUNGGAL 26 Ogos - Seramai 26 anak jati Melaka dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, bakal melangkah ke...
MELAKA PUSAT KEMBANGKAN PRODUK PELANCONGAN NEGARA
AYER KEROH 26 Ogos - Melaka bakal menjadi pusat mengembangkan industri dan produk pelancongan negara kepada dunia bersempena Hari Pelancongan...
MISI KUMPUL 10,000KG BOTOL PLASTIK
AYER KEROH 26 Ogos - SWM Environment menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penyiaran Melaka menerusi Radio Melaka FM dalam menjayakan misi...
WTD 2025: MELAKA PERKENAL ‘BAHASA SENI ASEAN’ BAHARU MENERUSI ZAPIN
AYER KEROH 26 Ogos - Melaka bakal memperkenalkan satu lagi tarikan baharu yang menonjolkan sisi-sisi 'Bahasa Seni ASEAN' menerusi persembahan...
1,000 DRON HIASI LANGIT MELAKA SEMPENA WTD 2025
AYER KEROH 26 Ogos - Melaka bakal membawakan persembahan menarik di darat, laut dan udara bersempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD)...