
Melaka antara lokasi pelancongan popular untuk diterokai tahun 2022!
AYER KEROH 28 Okt- Melaka tersenarai antara destinasi pelancongan dunia yang popular untuk diterokai pada tahun 2022.
Tersenarai sebagai destinasi ‘trend popular’ untuk 2022, platform ini mengangkat Melaka sebagai lokasi percutian yang bakal menjadi tumpuan ramai tahun depan, sekaligus bakal memulihkan industri pelancongan negara.
Menurut laporan portal pelancongan Lifestyle Asia, Melaka berada di kedudukan ke-8 senarai berkenaan.
Tempat pertama lokasi popular 2022 ialah Atlanta, Amerika Syarikat, diikuti Taichung, Taiwan di tempat kedua dan Gramado, Brazil di tempat ketiga.
Manakala tempat keempat ialah Santa Domingo, Dominican Republic, kelima Brasov, Romania;Llandudno, United Kingdom (UK) lokasi keenam dan Montpellier, Frances di tangga ketujuh.
“Booking.com telah menyenaraikan lapan lokasi sebagai destinasi pelancongan dengan trend popular bagi tahun hadapan sekaligus mengangkat destinasi yang jarang dianggap sebagai tempat persinggahan, dilawati untuk percutian.
“Platform itu (Booking.com) telah memilih lokasi-lokasi bandar terpencil dan menarik dalam dunia sebagai destinasi trend popular yang perlu dilawati,” kata laporan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...

