Tunggu Ahad ini – Pesuruhjaya PAS Melaka

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 29 Okt – PAS Melaka masih menunggu keputusan daripada PAS Pusat berhubung persefahaman politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diumumkan UMNO semalam.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamarudin Sidek memberi bayangan perkara itu dijangka akan dimuktamadkan pada Ahad ini.

“Kami perlu tunggu respon daripada PAS pusat, tunggu sahaja Ahad ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Dalam pada itu beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada UMNO di atas keputusan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi parti itu, malam tadi.

“Pada dasarnya, PAS Melaka ucapkan terima kasih dengan perkembangan terbaharu itu,” katanya lagi.

Semalam, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, antara asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

423
Kongsi :
Previous post Melaka antara lokasi pelancongan popular untuk diterokai tahun 2022!
Next post PH selesai agih 28 kerusi, tanding guna logo PH – Anwar
Ubah saiz-+=