
Bajet 2022: Tingkat akses golongan OKU terhadap media, semua TV sediakan jurubahasa isyarat
KUALA LUMPUR 29 Okt (Bernama) – Bagi meningkatkan akses golongan Orang Kurang Upaya dalam industri media, semua rangkaian televisyen termasuk swasta akan menyediakan khidmat jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif dengan bantuan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ini membolehkan golongan OKU cakna dengan berita semasa dan informasi terkini.
“Mungkin tidak ramai yang mengenali gerangan Tan Lee Bee, Khairunnisa Kho Abdullah, Wan Zuraidah Abu dan Goh Soo Leng. Merekalah sebenarnya yang berjasa sebagai jurubahasa isyarat yang sering kita lihat di sudut kaca televisyen,” katanya.
Tengku Zafrul berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat hari ini.
Sejak awal tahun ini, saluran berita 24 jam Bernama TV menjadi stesen penyiaran televisyen kedua di negara ini menggunakan perkhidmatan jurubahasa isyarat dalam siaran berita.
Bermula 4 Jan lepas, siaran Buletin Bernama turut dilengkapi dengan jurubahasa isyarat, dan Bernama TV yang mula dilancarkan sejak 2008 menjadi stesen penyiaran pertama di negara ini menggunakan perkhidmatan jurubahasa isyarat bagi siaran berita sukan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘RAMAI KATA STPM SUSAH, ZHEN HONG SAHUT CABARAN JADI TERBAIK’
TELOK MAS 22 Jun - Tanggapan ramai bahawa sukar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dianggap...
MELAKA PASANG LEBIH 100 ‘SPEED BREAKER’ TEBAL KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN
TELOK MAS 22 Jun - Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan pemasangan dan penambahbaikan lebih 100 'speed breaker' (bonggol jalan) di...
KECEMERLANGAN ANAK MELAKA BUKAN KEBETULAN, TETAPI HASIL KOMITMEN KERAJAAN NEGERI PERKASA ASPEK PENDIDIKAN
AYER KEROH 22 Jun - Keputusan membanggakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 diraih Negeri Melaka bukan satu...
MELAKA KOMITED PERKUKUH ASPEK KESELAMATAN AWAM
AYER KEROH 22 Jun - Semua jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarah untuk menilai semula tahap keselamatan kemudahan...
KAMPUNG DIGITAL: 5,864 MYKAD SUDAH GUNA ALAMAT DIGITAL
AYER KEROH 22 Jun - Inisiatif Kampung Digital di Melaka kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila penggunaannya semakin meluas dalam kalangan...
WRUR PARLIMEN JASIN: KAMPUNG KITA, MPJ TAWAR DISKAUN KOMPAUN 80 PERATUS
RIM 22 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menawarkan diskaun bayaran kompaun sehingga 80 peratus bersempena program Wakil Rakyat Untuk...

