
250 peserta berbasikal di Bandar Melaka
BANDA HILIR 30 Okt – Acara berbasikal Menara Taming Sari X Tourism Melaka Fun Ride 2021 menarik penyertaan 250 peminat sukan berbasikal di negeri ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata kayuhan sejauh 30 kilometer itu bermula di perkarangan Menara Taming Sari (MTS) seawal jam 8 pagi.
“Kesemua peserta akan melalui beberapa perhentian (checkpoint) seperti Taman Rempah, Stadium Hang Tuah, Muzium Kapal Selam dan Stadthuys sebelum kembali ke garisan penamat di MTS.
“Penyertaan kali ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) digariskan, peserta terlibat terdiri daripada jabatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Menara Taming Sari X Tourism Melaka Fun Ride 2021 di MTS di sini, hari ini.
Program itu merupakan anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Ujarnya, program itu sekali gus merancakkan kembali sektor pelancongan Melaka khususnya dalam sub sektor pelancongan sukan.
“Usaha itu menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, ini juga simbolik selaras dengan kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober lalu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
