Melaka United bercita-cita besar – Zainal

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MISI Kelab Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) untuk melayakkan diri ke separuh akhir sudah tercapai, namun belum berada di tahap yang selesa.

Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan berkata misinya adalah untuk membawa skuad Hang Tuah itu ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, untuk mencapai ke tahap itu, pemain perlu mengekalkan standard permainan selain dari meningkatkan momentum dalam dua perlawanan akhir bertemu Kelantan dan Kedah pada Nov depan.

“Alhamdulillah, misi pertama melayakkan diri hari ini tercapai atas usaha pasukan, pengurusan dan pemain, tidak lupa juga usaha sorakan penyokong yang pertama kali dibenarkan menonton di stadium selepas sekian lama pemain tidak mendengar sorakan.

“kita tidak akan ambil mudah berbaki dua perlawanan dalam kumpulan, kerana momentum pemain amat penting untuk ditingkatkan, hal ini supaya mereka (pemain) bersedia ke peringkat seterusnya.

“Pemain perlu bermain umpama di peringkat suku akhir yang kalah mati, saya nak momentum mereka berterusan hingga mereka dah bersedia ke suku akhir nanti, jadi pasukan tidak akan ambil mudah untuk dua perlawanan yg akhir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan Melaka United menentang Kelantan United di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Mengulas lanjut, Zainal memberitahu hasratnya amat tinggi untuk membawa pasukan Melaka United ke peringkat lebih jauh dan bukan sekadar di peringkat suku akhir Piala Malaysia sahaja.

“Tahun 2017 dan 2019, Melaka United telah beraksi sehingga ke peringkat suku akhir, jadi untuk tahun ini, insyallah kami ingin pergi lebih jauh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

499
Kongsi :
Previous post 250 peserta berbasikal di Bandar Melaka
Next post ‘Saya hanya bercuti, bukan berkempen’- Najib
Ubah saiz-+=