
COVID-19: Jumlah kes positif kembali catat satu angka
KUALA LUMPUR, 27 Julai – Jumlah kes positif COVID-19 kembali mencatatkan satu angka hari ini, iaitu tujuh kes selepas kali terakhir mencatatkan satu angka pada 23 Julai.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,904 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 179 kes.
“Daripada tujuh kes baharu, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia,” katanya semasa sidang akhbar perkembangan COVID-19 hari ini yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sebanyak empat kes import adalah dari Pakistan (satu kes di Sabah); Rusia (satu kes di Selangor); Australia (satu kes di Kuala Lumpur); dan Indonesia (satu kes di Kuala Lumpur).
Dr Noor Hisham turut memaklumkan ketiga-tiga kes penularan tempatan hanya melibatkan warganegara di Sabah. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: MCA TAMBAH SATU LAGI KERUSI, BERTANDING DI BANDAR HILIR
KUALA LUMPUR, 29 Okt - MCA diberi satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan...
TPM PUJI USAHA MELAKA PERLUAS POTENSI EKONOMI DESA
AYER KEROH 29 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas potensi sektor pertanian dan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat desa...
FELCRA SEDIA BANTUAN KHAS PESERTA B40 TUNGGU HASIL TANAM SEMULA
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad diarahkan menyediakan bantuan khas kepada peserta kategori B40 yang terlibat dalam program tanam...
FELCRA TANGGUNG YURAN PENGAJIAN ANAK PESERTA CEMERLANG – TPM
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian anak peserta yang memperoleh semua A dalam peperiksaan...
FELCRA AGIH KEUNTUNGAN RM190.6 JUTA, NAIK 50.2 PERATUS
AYER KEROH 29 Oktober - FELCRA Berhad mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2026 berjumlah RM190.6 juta bagi projek peserta di...
