
Kemenangan BN di Melaka jadi rujukan PRU15
MASJID TANAH 21 Nov – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diangkat sebagai model untuk dijadikan rujukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata formula dengan memberi ruang kepada 86 peratus muka baharu nyata membuahkan hasil apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
“Sewaktu membuat saringan dan kajian tentang keperluan memberikan ruang kepada muka baru dlm PRN Melaka semua pengiraan diambil kira untuk ambil pemimpin muda.
“Pihak ibu pejabat mengenal pasti diantara tokoh muda yang boleh diketengahkan dan akhirnya 86 peratus muka baru dikemukakan.
“Bukti rakyat memilih BN diterjemah semalam apabila 21 kerusi dimenangi dan formula ini mendapat sokongan rakyat Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Semalam, keputusan PRN menunjukkan mandat rakyat kembali kepada BN selepas parti itu berjaya menawan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi yang ditandingi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT
SERI NEGERI 14 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
SERI NEGERI 14 Julai – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara...
PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG
SERI NEGERI 14 Julai – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran...

