Rauf nafi khabar angin tolak kepimpinan Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

MASJID TANAH 21 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menolak khabar angin mengaitkan berlaku tentangan terhadap lantikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, pihaknya bersama kepimpinan UMNO yang lain menyokong lantikan itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya bagi mentadbir urus kerajaan negeri.

“Selaku Pengerusi saya maklumkan bahawa lantikan ini adalah satu lantikan yang menunjukkan kepercayaan oleh rakyat Melaka demgan kerjasama semua Ketua Bahagian UMNO bagi memastikan selepas ini kami sedia menghadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15).

“Saya sekali lagi bersama kepimpinan diperingkat bahagian mengucapkan setinggi tahniah kepada 21 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang mewakili rakyat dari Barisan Nasional (BN) untuk membantu dan menyokong kepimpinan sebuah kerajaan yang stabil yang diketuai Sulaiman demi kemakmuran rakyat.

“Saya menolak khabar angin bagi menentang calon Ketua Menteri Melaka dan sokongan  penuh termasuk saya bagi memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mentadbir urus kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama kesemua Ketua Bahagaian UMNO di kediamannya, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta ketua bahagian UMNO yang lain.

Semalam, terdapat desas-desus mengaitkan terdapat penolakan terhadap pelantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri sehingga memaksa majlis istiadat dan mengangkat sumpah jawatan itu dilakukan di hadapan Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam pada jam 12.58 malam tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

589
Kongsi :
Previous post Rauf jumpa Sulaiman, Ketua-ketua Bahagian UMNO Melaka
Next post Kemenangan BN di Melaka jadi rujukan PRU15
Ubah saiz-+=