
Tiada alasan naikkan harga ais – PM Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 1 Dis – Syarikat pengeluar ais tidak mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan harga di pasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengulas laporan mengenai peningkatan harga sebungkus ais sebanyak RM0.50 bermula hari ini, Ismail Sabri berkata kenaikan tidak sepatutnya berlaku memandangkan kerajaan masih mengekalkan tarif air dan elektrik ketika ini.
“Harga ais tidak sepatutnya naik kerana kerajaan beri kemudahan bekalan air dan elektrik pada harga murah, tiada kenaikan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih, di sini hari ini.
Membanding alasan kenaikan harga roti yang berpunca daripada peningkatan harga gandum, Ismail Sabri berkata: “Negara kita tidak tanam gandum, kita import gandum. Jadi ia beri kesan pada harga roti.”
Berikutan rungutan pelbagai pihak, Ismail Sabri mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan kajian terperinci berhubung faktor kos pengeluaran.
“Kita (kerajaan) mahu maklumat bagi harga kos di setiap rantaian bekalan.
“Kerajaan tidak mahu rakyat terbeban dengan peningkatan harga barangan keperluan disebabkan faktor kos pengeluaran,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA ANJUR SEMINAR ANTARABANGSA MARITIM, KUPAS PENEMUAN ‘KAPAL PURBA’
SERKAM 8 Februari - Seminar Antarabangsa Maritim yang bakal dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada September depan akan menumpukan perbincangan...
MELAKA PERHEBAT PROMOSI PELANCONGAN DI INDIA
AYER KEROH 8 Februari - Kerajaan Negeri menerusi Tourism Melaka memperluas jaringan promosi strategik pelancongan Melaka menerusi penyertaan pada pameran...
MELAKA PERUNTUK RM4.4 JUTA PERKASA KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 8 Februari – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kesihatan Awam...
MELAKA BILA LARUT MALAM JADI NADI EKONOMI RAKYAT
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka Bila Larut Malam yang mula diperkenalkan pada Jun 2024 yang lalu telah menjadi bukti...
CABUTAN BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE DITERUSKAN TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Cabutan Bertuah Melaka River Cruise pada tahun ini dalam usaha...
MELAKA NEGERI PERTAMA MILIKI SISTEM ‘PANIC BUTTON’
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka menjadi negeri pertama di negara ini memiliki sistem 'Panic Button', kata Ketua Menteri Datuk...

