
25 mangsa dipindahkan akibat banjir kilat di Batu Pahat
JOHOR BAHRU, 6 Dis – Seramai 25 penduduk di Kampung Sungai Kluang Laut ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) dekat Batu Pahat, malam tadi susulan banjir kilat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata PPS Pulapem dibuka pada pukul 9 malam tadi selepas beberapa rumah dinaiki air.
“Air pasang besar melebihi tiga meter yang melimpah di Kampung Sungai Kluang Laut telah menyebabkan banjir kilat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mangsa yang dipindahkan melibatkan enam lelaki, tujuh wanita, tiga kanak-kanak perempuan, tiga kanak-kanak lelaki, dua bayi lelaki serta empat warga emas.
Cuaca ketika ini cerah dan baik namun pemantauan oleh pihak terlibat akan diteruskan, katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
