
Belum ada tangkapan Long Tiger – Ketua JSJ
AYER KEROH 17 Dis- Polis Melaka mengesahkan tiada tangkapan dibuat pihaknya membabitkan seorang tahanan dikenali ‘Long Tiger’ yang bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Azlan Abu berkata, sehingga kini pihaknya giat membantu polis kontinjen Johor dalam mengesan lelaki warga Myanmar terbabit iaitu Abd Hamim Abd Hamid, 33, yang didakwa berada di Melaka.
“Belum ada tangkapan, sekiranya suspek berjaya ditahan kita akan maklum dan usaha mengesan masih berjalan dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin terutamanya dan IPD Melaka Tengah serta IPD Alor Gajah.
“Ya, kita ada terima maklumat tetapi apabila polis pergi ke sana tiada, kosong. Sekiranya dia dapat ditangkap kita akan maklum,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan, Long Tiger diburu polis selepas melarikan diri dari lokap mahkamah berkenaan melalui pintu utama mahkamah pada jam 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.
Long Tiger sebelum itu diambil polis di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Selasa untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula jam 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENEMUAN RANGKA KAPAL BUKA LEMBARAN SEJARAH BAHARU MELAKA – KM
TANJUNG BIDARA 1 November - Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha membawa keluar rangka kapal yang dipercayai dari abad ke-13 yang ditemui...
ECO CRUISE SUNGAI RAMBAI DILANCAR TAHUN DEPAN
DUYONG 1 November - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) akan memperkenalkan satu lagi tarikan pelayaran menelusuri sungai di...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONGKITA 2025 LEBIH MERIAH
DURIAN TUNGGAL 1 November - Kira-kira 20,000 peserta dijangka akan memeriahkan Larian Budaya Antarabangsa DUYONGkita 2025 yang akan berlangsung di...
WRUR: SAYUR SEGAR, MURAH DARI KEBUN KOMUNITI TAMAN ANGKASA NURI
DURIAN TUNGGAL 1 November - Penduduk Taman Angkasa Nuri kini menikmati sayur-sayuran segar pada harga lebih murah hasil inisiatif Kebun...
PENEMUAN KAPAL ABAD KE-13 BUKTI PENTING KEHEBATAN MARITIM MELAKA
BANDA HILIR 1 November - Penemuan rangka kapal dipercayai dari abad ke-13 yang ditemui di Pulau Melaka menjadi bukti kehebatan...
WRUR: SK BELIMBING DALAM DAPAT BANGUNAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 1 November – Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam bakal menerima bangunan bilik darjah baharu bagi menampung pertambahan murid...

