Krismas: Keluarga, penjaga dibenar lawat penghuni penjara 26-31 Dis

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Keluarga dan penjaga kepada penghuni penjara dibenarkan untuk membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Krismas bermula 26 hingga 31 Dis ini.

Jabatan Penjara menyatakan penjara di negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh melaksanakan lawatan perjumpaan itu melalui dua pilihan iaitu secara e-mel Jabatan (Icewarp) atau panggilan video dan bersemuka untuk pelawat yang sudah lengkap divaksin.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, seorang penghuni hanya dibenar untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada ahli keluarga dengan lawatan perjumpaan itu dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu.

Selain itu, terdapat tiga kaedah tempahan iaitu melalui sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

“Masa perjumpaan tidak lebih 30 minit bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan manakala hanya dua pelawat dibenarkan dalam kalangan keluarga yang ditetapkan oleh pihak penjara.

Bagi pelawat warga emas berusia lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mestilah dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

Selain itu, pelawat diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard Fasa 4 PPN yang ditetapkan semasa perjumpaan itu.

“Kebenaran perjumpaan secara Icewarp atau ‘video call’ sahaja terpakai kepada penjara di negeri-negeri yang belum mencapai Fasa 4 PPN,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai diminta menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat institusi boleh didapati di laman web Jabatan Penjara di www.prison.gov.my .- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post Malaysia Airlines jadi penerbangan pertama Malaysia guna SAF
Next post Belum ada tangkapan Long Tiger – Ketua JSJ
Ubah saiz-+=