
Rauf prihatin nasib mangsa banjir Melaka
TANJUNG BIDARA 18 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menunjukkan keprihatinan terhadap bencana banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Masjid Tanah, hari ini.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan lawatan ke tiga kawasan terkesan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.
Lawatan itu diadakan sebaik sahaja beliau selesai menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Masjid Tanah, pagi tadi.
“Selesai Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah tadi terus ke lokasi banjir di pekan Lubok China, Taman Wira Mas dan Kampung Telok Berembang.
“Saya juga berkesempatan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Telok Berembang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau.
Setakat jam 8 malam tadi terdapat 100 mangsa banjir di sekitar DUN Ayer Limau telah ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di SMK Lubok China dan SK Telok Berembang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENIAGA KECIL MAHU MELANGKAH JAUH, HARGAI KEPIMPINAN KETUA MENTERI
AYER KEROH 19 November - Peralihan daripada penggunaan khemah kepada premis perniagaan kekal antara kemudahan yang dihargai peniaga kecil, sekali...
5 PENYANDANG, 5 MUKA BAHARU ANGKAT SUMPAH EXCO MELAKA
SERI NEGERI 19 November - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan...
JPKK TULANG BELAKANG SAYA, PEMACU KEMAJUAN LENDU – ABDUL HAKIM
LENDU 19 November - Kerjasama erat antara wakil rakyat dan pemimpin komuniti menjadi antara kunci utama dalam memastikan agenda pembangunan serta...
MELAKA MILIKI DAYA TARIKAN PIKAT SYARIKAT BESAR – AB RAUF
BANDA HILIR 19 November - Pemilihan Melaka sebagai lokasi kerjasama strategik syarikat gergasi industri membuktikan negeri ini mempunyai daya tarikan...
TURAPAN BAHARU JALAN TAMAN MESRA RIM SELESAI – DIRA
RIM 19 November - Kerja-kerja menaik taraf jalan di Taman Mesra Rim di sini, termasuk turapan semula yang dimohon sebelum...
TUNAI JANJI MANIFESTO JADI MISI SETPOL KETUA MENTERI
SERI NEGERI 19 November - Memastikan setiap janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

