
Rauf prihatin nasib mangsa banjir Melaka
TANJUNG BIDARA 18 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menunjukkan keprihatinan terhadap bencana banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Masjid Tanah, hari ini.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan lawatan ke tiga kawasan terkesan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.
Lawatan itu diadakan sebaik sahaja beliau selesai menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Masjid Tanah, pagi tadi.
“Selesai Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah tadi terus ke lokasi banjir di pekan Lubok China, Taman Wira Mas dan Kampung Telok Berembang.
“Saya juga berkesempatan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Telok Berembang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau.
Setakat jam 8 malam tadi terdapat 100 mangsa banjir di sekitar DUN Ayer Limau telah ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di SMK Lubok China dan SK Telok Berembang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...

