
Kakitangan MBMB bantu tabung darah Hospital Melaka
AYER KEROH, 5 Ogos – Kira-kira 50 kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menderma darah sempena Program Derma Darah Hospital Melaka, baru-baru ini.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, inisiatif itu bagi menampung permintaan bekalan darah yang berterusan.
“Ini sekali gus memastikan bekalan darah berada dalam keadaan paras yang mencukupi dan stabil.
“Program ini terbuka kepada anggota MBMB sahaja, sambutan menggalakkan dan semua anggota sanggup beratur menunggu giliran bagi menjalankan tanggunjawab ini,” katanya selepas program tersebut di Dewan Taming Sari MBMB.
Program itu anjuran Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka (tabung darah) dengan kerjasama Klinik MBMB yang diadakan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
GELOMBANG BIRU MEMUNCAK, BN-PN YAKIN RAIH KELEBIHAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 November – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Melaka dilihat semakin mengukuh menjelang hari pengundian Pilihan...
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
PRN MELAKA: DARI SEJARAH KE MASA DEPAN, AB RAUF SASAR MELAKA JADI HAB PELABUHAN
TANJUNG BIDARA 11 November - Melaka berpotensi mengembalikan kegemilangannya sebagai hab pelabuhan penting negara menerusi pembangunan sektor maritim, berasaskan kedudukan...
