82 kompaun gagal patuhi SOP PKPP dikeluarkan IPD Melaka Tengah

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat
ASISTEN Komisioner Afzanizar Ahmad (dua dari kanan) menghadiri Majlis Taklimat SOP PKPP di Balai Polis Malim.

MALIM 7 Ogos – Sebanyak 82 kompaun dikeluarkan terhadap individu dan pemilik premis di sekitar Daerah Melaka Tengah yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) April lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, jumlah kompaun dikeluarkan itu melibatkan pelbagai kawasan termasuk di premis perniagaan seperti restoran dan pusat hiburan keluarga.

Katanya, lapan puluh dua kompaun yang dikeluarkan itu adalah bagi tempoh bermula 8 April hingga 4 Ogos lalu.

“Antara kesalahan dikesan termasuk pemilik premis tidak meletakkan seorang penjaga di pintu masuk premis bagi mencatat rekod keluar masuk pelanggar serta tidak mengambil bacaan suhu pelanggan dan ada juga premis yang beroperasi melebihi tempoh masa ditetapkan.

“Sehingga kini, sebanyak 30 orang kena kompaun telah menjelaskan kompaun masing-masing,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Taklimat SOP PKPP di Balai Polis Malim, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu pihak polis mendapati kadar pematuhan orang awam terhadap SOP dikeluarkan kerajaan amat tinggi.

Ketika ditanya mengenai kompaun kesalahan pelitup muka Afzanizar berkata, setakat ini belum ada kompaun dikeluarkan bagi kesalahan itu.

Views:

326
Kongsi :
Previous post Pelitup muka: Pakai bukan hanya untuk ‘cukup syarat’
Next post UiTM Melaka ‘tumbang’ 15 ekor lembu di Kemboja
Ubah saiz-+=